Nazella Homestay terletak dalam kawasan Daerah Papar dan dekat dengan bandar Kota Kinabalu. Perjalanan menuju ke Homestay Kg.Seri Serbang Bongawan dari Kota Kinabalu sejauh 80 km dengan masa lebih kurang 1 ½ jam melalui pemanduan menggunakan lebuh raya. Suku kaum yang terdapat di Kg.Seri Serbang Bongawan ini terdiri dari suku Brunai, Kadazan dan Jawa. Kg.Seri Serbang Bongawan adalah kawasan yang mempunyai bilangan penduduk masyarakat Islam yang ramai. Mengamalkan kebudayaan suku Brunai dengan memperkenalkan adat istiadat tradisional terdahaulu. Memperkenalkan dengan lebih dekat dengan kebudayaan suku Brunai melalui muzik, pakaian, makanan dan tempat tinggal serta budaya ramah mesra yang diamalkan selama ini. Disamping itu juga terdapat kawasan Kg.Seri Serbang Bongawan mempunyai kampung rangkaian yang dikenalpasti sebagai kawasan rekreasi dan kawasan tarikan pelancong. Naz Homestay telah beroperasi dan dirasmikan pada 28 Mac 2015 dan sah berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment